seperti tajuk nya , aku dah siapkan homework add math aku .
memula aku memang macam nak meletup kepala otak aku , bukan main susah nak settle soalan pertama , aku pun ... curi curi sikit tengok buku jawapan camner jalan kira dia ..
aku bukannya pandai sangat pun , jadi sebab tu lah aku curi curi tengok ... sorry ...
tapi , dia punya perasaan lepas da siapkan homework tu memang .. ap orang kata .. ummmmpphhh la senang cerita .. memang rasa best sangat ... alhamdulillah ..
moga aku akan jadi orang yang lebih rajin selepas ini . doakan aku ya ..
kat sekolah aku selalu tanya member member aku tentang mana diorang nak pergi lepas ni ( universiti ) ..
aku tanya mungkin untuk tenangkan hati aku sebab aku x tau aku nak pergi mana ..
target aku ?
aku nak pergi Jepun . tempat yang menjadi impian aku . aku rancang untuk ambik course lukisan manga , rekaan karakter , lukisan latar belakang ..
sebab apa aku pilih ?
sebab melalui lukisan jelah aku dapat lakukan dengan ceria , malah itulah antara bakat aku yang aku asah selama mana aku bernafas di atas dunia ni ..
aku sangat menghargai bakat yang dikurniakan ini ... sangat bersyukur .
alhamdulillah ..
oleh itu , aku perlu menjadi seorang yang rajin untuk ke sana ...
tapi .... aku sentiasa bimbang bila fikir pasal benda tu ....
syed sakai!!!
ReplyDelete